Sunday 19 April 2015

Koleksi Rezeki Kita - Hasil Tangan Daripada Kak Anggun


Sebenarnya Kak Anggun bukannya pandai berblog sangat. 

Suatu masa dulu, kira-kira tahun 2007, Kak Anggun ni pernah juga buat blog. Masa tu sifu Kak Anggun, Mr Afizal.. budak IT dok Putrajaya. Tq Sifu Afizal.

2015 Kak Anggun dapat offer dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah, untuk mendalami lagi ilmu membina blog yang berkualiti ni. Bila dapat tunjuk ajar dari Mr Sam dah mula pandai "create" macamana nak deko blog ni bagi comei sikit.. macam best le pulak. Tq kepada Sifu yang pernah mengajar Kak Anggun selok belok blog ni. Walaupun tiada yang menarik. Kak Anggun pasti suatu hari nanti anda semua pasti akan singgah ke blog Kak Anggun ni. Untuk apa ya... Sudah tentunya untuk melihat meniru @ meng"copy". Haaa... idea-idea Kak Anggun. Tak mengapa, boleh aje. Kak Anggun izinkan. asalkan apa yang anda semua tiru ke, copy paste ke.. tak kisahlah. 

You all, pasti akan ucap terima kasih pada Kak Anggun sebab dengan adanya idea-idea dari Kak Anggun ni, bertambah juga pendapatan korang.. sebab boleh niaga kecil-kecilan, ialah macamana Kak Anggun nak bermula dulu...

Bermula dengan mesin jahit, sejak berumur 12 tahun hinggalah sekarang. Dah beribu produk  yang Kak Anggun pernah jahit. Almaklumlah... dulu-dulu mada ada kemudahan macam sekarang. Semua hasil jahitan, kraftangan boleh di upload, tak sampai 1 minit. Haaa.. senangkan. Siap satu jahitan, dah boleh upload. 

Senang giler... nak promosi produk jahitan sendiri.

OKlah.. Asyik berkarya sahaja, bilalah Blog Koleksi Rezeki Kita ni nak upload hasil jahitan Kak Anggun. Jom Kita saksikan..